Cincai's
Monday, 21 April 2014
Friday, 16 August 2013
Tanda Lelaki Sayang
Apabila seseorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk kamu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki
kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,
nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan
menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis yang berdamping dengan kamu
sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta
yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu
sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan
yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan
sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sentiasa
inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap
istimewa dalam hidupnya. Padanya sudah menjadi tanggungjawab untuk membuatkan
hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu
seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.
Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang
dia sayang agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi terbukalah
mendengar nasihatnya.
Jika sudah sayang, macam-macam akan
kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman
lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan ini. Ini
bermaksud dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk
menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah sampai ke
jinjang pelamin. Baru berbaloi ~! Hehehe ~!
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila
teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk
mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih
hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia
merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka
manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya
kepada seorang lelaki yang berperwatakan manja. Hanya untuk orang disayangi
sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama
yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat
kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang
yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan
tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya ~!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke suatu
tempat untuk satu jangka masa yang panjang. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan
tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan
kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa
bertanyakan soalan yang sama, “awak
sayang saya?” jangan anggap itu
satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang
kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa
diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu
sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi
kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang
perempuan. TIdakkah kamu terharu melihat seoarang lelaki yang sanggup
menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Manusia tidak ada yang sempurna,
samalah juga teman lelaki kamu, tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat
kamu kecik hati. Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan
kamu perlu sokong dia. Berilah dia masa untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang
tapi kalau demi untuk membahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik. Janganlah
kamu cari pengganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan kesalahan dia. Kamu
pasti ke pengganti itu dapat membahagiakan kamu?
Dan pengorbanan paling besar sekali gus
menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih
mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan
semata-mata untuk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap
kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu
peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Setiap pasangan ada kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan
selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti, alasan kamu dah tak ada
hati dan tak serasi, kamu pulak macam mana? Adakah kamu itu tidak pernah
sakitkan hati pasangan kamu?Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau tidak
kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.
Mungkin pasangan kamu tak sempurna,
tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik. Ikhlas itu tak
boleh dilihat tapi boleh dirasa dengan hati.
"Hargailah orang yang benar-benar mencintai dan
menyayangi diri anda.
Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu
sebelum dia pergi dari hidupmu.
Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi
mungkin besok takkan ada lagi cinta untukmu.
Dan mungkin besok kamu yang akan
lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.
Jadi jangan pernah sia-siakan cinta
yang sekarang ini mengisi hatimu."
Lelaki Setia
- Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
- Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
- Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
- Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu yang meluap-luap.
- Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
- Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
- Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
- Dia mudah terasa cemburu dan sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya.
- Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
- Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
- Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
- Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
- Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
- Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
- Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
- Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
- Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
"Happiness will never come to those
who fail to
appreciate what they already have."
Thursday, 15 August 2013
Tersenyumlah Hati yang Bersedih ..
Saat kita menempuhi onak duri dunia, derita
sekali sekali mencuit hati. Hati remuk menangis tidak henti. Kesedihan terus
menerus bersemadi di dasar hati. Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali
lagi. Dalam terharu air mata tertumpah juga. Wahai hamba ilahi begitulah
kehigupan di dunia. Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah
aturkan untuk kita. Ada kalanya kita tersangat gembira da nada kalanya kita
tersangat kecewa. Namun jangan risau manusia, Allah itu Tuhan kita. Tuhan yang
Maha Luas kasih sayang-Nya. Percayalah
Allah tidak akan menduga hamba-Nya kecuali untuk melihat hamba-Nya tersenyum di
sana, tertawa di sana, berbahagia di sana, in shaa Allah di Syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa. Oh Indahnya !
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak
akan terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T. Wahai hamba Allah, jangan
bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali
tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.
Kesedihan demi kesedihan bakal membuat anda
semakin terperuk dalam keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan
tidak lagi berguna. Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri
kepada Allah untuk kita raih syurga-Nya yang tersangat indah serta bebas
daripada rasa kesedihan. Gara-gara kesedihan air yang manis terasa pahit,
makanan yang lazat terasa hambar, bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata mengalir hangat
dipipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu
berdosanya diri kita disisi Allah.
Wahai hamba Allah lihatlah disekeliling kamu dan
teguhkan pendirianmu sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa.
Senyuman yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan simpan jadikan
tauladan. Segala yang kau pandang dan dengar simpan buat pedoman.
Cemburu Perempuan dan Lelaki
Bila
perempuan jealous…
So far aku tengok kalau perempuan jealous, dia suka diam dan
tunjuk perasaan dulu .. Buat perangai, buat kepala angin dulu then only
terbongkar .. Bila ditanya "kenapa ni sayang?" , perempuan bila
jealous akan jawab "takde apa" .. Ehem, selalunya bila perempuan
jealous, dia budget macam taknak bagitau yang dia jealous tapi dalam hati tak
tahan .. Buat-buat takde apa sebab memang nak partner concern tanya banyak kali
pun .. Tapi at the same time tunggu masa nak kena kasi tahu jugak perasaan dia
jealous dan as a warning pada lelaki supaya tak dekati pada gadis lain yang
buat dia jealous tu .. Bila lelaki start ubah topic, baru lah perempuan nak
bongkar .. Eh, mana tahan nak tahan jealous dalam hati tu .. Mesti mau kasitau
.. hahahaha !!
Bila
lelaki jealous...
Lelaki kalau jealous, samada dia akan diam sebab malas nak layan perasaan
cemburu atau terus direct saja. Kalau dia cemburu dan tak selesa apa yang
girlfriend dia buat, dia beritahu terang-terang. I mean takde process
"buat perangai" or sort. Selalunya akan diam atau beritahu terus .
Itu lah beza
cemburu yang aku nampak so far dari orang sekeliling aku. Jangan cakap
menyampah kat gf/bf yang suka cemburu. Cemburu tu mesti ada makna dan sebab
sayang takut kehilangan. Tapi kalau cemburu buta,itu masalah mental. Kalau kau
pergi order roti canai pun, gf/bf nak jealous dengan waiter/waitress..itu gila
nama dia. :B
Lagi satu, cemburu
senyap-senyap lalu berdendam. Balas dendam lalu pergi curang untuk puaskan hati
sebab cemburu tu tadi. Seriously memang ada golongan cemburu macam ni.
Tanda Lelaki Yang Sesuai
Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka adalah merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan pemilihan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal. Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan hidup. Jadi, apakah tanda anda sebagai wanita sudah berjumpa dengan lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup?
(1) Adakah anda berdua berkongsi kepercayaan yang sama?- Nilai sesuatu hubungan adalah mengenai bagaimana anda berkongsi saat masa bersama. Walaupun anda mungkin tidak bersetuju dengan semua perkara, apa yang lebih penting adalah mengenai teras kepercayaan anda dalam hubungan.
(2) Bagaimana mereka mengawal pergaduhan- Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan bahawa tidak pernah berselisih faham bersama pasangan lelaki. Soal pergaduhan bukanlah masalah utama, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana lelaki tersebut mengawal pergaduhan. Adakah anda berpuas hati?
(3) Bagaimana mereka melayan orang lain- Manusia tidak hidup dalam keadaan sendirian, masing-masing ada komuniti yang tersendiri. Bagitu juga anda, selain pasangan, pasti ada orang lain yang lebih penting. Adakah anda menggemari cara pasangan anda melayan orang yang turut penting dalam kehidupan anda?
(4) Bagaimana mereka melayan anda dihadapan orang lain- Sekiranya anda dapat merasakan suatu keistimewaan walaupun dalam masa yang sama mereka perlu turut melayan orang lain, ia menunjukkan bahawa anda adalah orang penting dalam kehidupan mereka.
(5) Adakah mereka memahami anda- Bagaimana mereka mendengar pendapat atau luahan isi hati anda walaupun mereka sendiri tidak menyetujui dengan apa yang anda luahkan?
(6) Adakah mereka seorang yang bertanggungjawab- Sekiranya mereka hanya memberikan beban kepada anda, ia bermakna mereka bukanlah lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Wednesday, 14 August 2013
14/08/13
Izinkan saya untuk meluahkan rasa ...
Awq … maafkan saya andai awq terasa dengan
kata-kata saya ini ... Saya sedar siapa diri saya, saya tahu status diri saya,
saya hanyalah gagak di rimba mana mungkin terbang bersama merak kayangan …
Awq, saya sedih dengan awq ... Saya rindu sangat
kat awq, saya xdapat tahan nak jumpa awq tapi sebelum jumpa saya dha sakit .. Apa
kemahuan saya awq x dapat penuhi … tapi apa kemahuan awq saya cuba penuhi .. Sedih
saya dengan ego awq sanggup xnak tegor saya .. awq cakap awq nak jumpa saya ..
saya sanggup amek cuti .. saya ingat saya akan eppy bila tengok awq .. tapi
entah la .. dapat tengok awq pown da cukup la .. awq lawa arini .. tanpa cermin
mata ilang sikit seri kat muka awq .. hehe !! Saya nak cuba tegur dan dekatkan
diri dengan awq, tapi awq macam nak jao .. Kalau awq rasa sakit hati, saya lagi
la rasa sakit hati .. Biar la awq rasa puas hati .. takpe saya simpan lagi
rindoo ny .. Saya xtaw macam mana kalo awq berada kat tempat saya .. Mungkin
awq akan paham apa yang saya rasa .. Awq, kadang-kadang saya rasa macam dha
bosan dengna perangai awq .. saya xtaw apa lagi nak buat .. semakin saya sabar
semakin saya sakit hati dengan awq .. apa-apa pown saya masih sayangkan awq ..
semakin hari semakin kuat ..
Terima kasih untuk hari ini ..
Subscribe to:
Posts (Atom)