Thursday, 15 August 2013

Tersenyumlah Hati yang Bersedih ..



Saat kita menempuhi onak duri dunia, derita sekali sekali mencuit hati. Hati remuk menangis tidak henti. Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati. Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi. Dalam terharu air mata tertumpah juga. Wahai hamba ilahi begitulah kehigupan di dunia. Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita. Ada kalanya kita tersangat gembira da nada kalanya kita tersangat kecewa. Namun jangan risau manusia, Allah itu Tuhan kita. Tuhan yang Maha Luas  kasih sayang-Nya. Percayalah Allah tidak akan menduga hamba-Nya kecuali untuk melihat hamba-Nya tersenyum di sana, tertawa di sana, berbahagia di sana, in shaa Allah di Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa. Oh Indahnya !

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T. Wahai hamba Allah, jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.


Kesedihan demi kesedihan bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurga-Nya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan. Gara-gara kesedihan air yang manis terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar, bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu. Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata mengalir hangat dipipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah.




Wahai hamba Allah lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa. Senyuman yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan simpan jadikan tauladan. Segala yang kau pandang dan dengar simpan buat pedoman. 


No comments:

Post a Comment