Apabila seseorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk kamu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki
kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,
nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan
menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis yang berdamping dengan kamu
sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta
yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu
sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan
yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan
sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sentiasa
inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap
istimewa dalam hidupnya. Padanya sudah menjadi tanggungjawab untuk membuatkan
hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu
seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.
Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang
dia sayang agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi terbukalah
mendengar nasihatnya.
Jika sudah sayang, macam-macam akan
kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman
lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan ini. Ini
bermaksud dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk
menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah sampai ke
jinjang pelamin. Baru berbaloi ~! Hehehe ~!
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila
teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk
mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih
hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia
merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka
manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya
kepada seorang lelaki yang berperwatakan manja. Hanya untuk orang disayangi
sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama
yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat
kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang
yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan
tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya ~!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke suatu
tempat untuk satu jangka masa yang panjang. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan
tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan
kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa
bertanyakan soalan yang sama, “awak
sayang saya?” jangan anggap itu
satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang
kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa
diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu
sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi
kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang
perempuan. TIdakkah kamu terharu melihat seoarang lelaki yang sanggup
menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Manusia tidak ada yang sempurna,
samalah juga teman lelaki kamu, tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat
kamu kecik hati. Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan
kamu perlu sokong dia. Berilah dia masa untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang
tapi kalau demi untuk membahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik. Janganlah
kamu cari pengganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan kesalahan dia. Kamu
pasti ke pengganti itu dapat membahagiakan kamu?
Dan pengorbanan paling besar sekali gus
menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih
mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan
semata-mata untuk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap
kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu
peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Setiap pasangan ada kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan
selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti, alasan kamu dah tak ada
hati dan tak serasi, kamu pulak macam mana? Adakah kamu itu tidak pernah
sakitkan hati pasangan kamu?Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau tidak
kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.
Mungkin pasangan kamu tak sempurna,
tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik. Ikhlas itu tak
boleh dilihat tapi boleh dirasa dengan hati.
"Hargailah orang yang benar-benar mencintai dan
menyayangi diri anda.
Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu
sebelum dia pergi dari hidupmu.
Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi
mungkin besok takkan ada lagi cinta untukmu.
Dan mungkin besok kamu yang akan
lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.
Jadi jangan pernah sia-siakan cinta
yang sekarang ini mengisi hatimu."